Logo Simposium Wanita dan Kesejahteraan Insan

Pengenalan


Latar Belakang

Simposium Wanita dan Kesejahteraan Insan 2018 (SWKI 2018) merupakan program berbentuk ilmiah yang akan menyentuh beberapa isu dan aspek berkaitan wanita dan kesejahteraan seperti dalam bidang Sosial, Ekonomi, Gender, Pendidikan, Kesihatan, Undang-Undang, dan Media. Penganjuran SWKI 2018 selaras dengan Objektif dan Fungsi penubuhan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS). Pembentangan kertas kerja dalam simposium kemudiannya akan diterbitkan dalam bentuk prosiding, artikel jurnal dan buku. Program SWKI 2018 merupakan anjuran bersama pihak Jawatankuasa Sosial, Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dengan Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Simposium ini akan diadakan di Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) pada 25 Oktober 2018. Dijangkakan seramai 300 orang peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), badan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang berkaitan di seluruh negara akan menyertai simposium ini. Adalah diharapkan melalui penganjuran simposium seperti ini dapat dimanfaatkan dan diperluaskan sesama penyelidik tempatan dan negara serantau khususnya yang menyentuh dan membincangkan topik berkaitan wanita.

Objektif Simposium

  1. Memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai kesejahteraan wanita.
  2. Memberi kesedaran kepada para peserta tentang peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang
  3. Membincangkan pelbagai isu dan cabaran wanita masa kini
  4. Menyalurkan maklumat dan hasil pembentangan kepada pihak kerajaan, bukan kerajaan dan NGO's

Tema Simposium

Tema Simposium Wanita dan Kesejahteraan Insan 2018 "Pemerkasaan Wanita ke Arah Kesejahteraan Insan Sejagat" Simposium ini diadakan sebagai platform kepada penyelidik, ahli akademik, pelajar dalam bidang psikologi khususnya untuk berkongsi dapatan kajian masing-masing di peringkat kebangsaan.

Topik pembentangan Simposium:

  • Wanita dan Sosial
  • Wanita dan Ekonomi
  • Wanita dan Gender
  • Wanita dan Pendidikan
  • Wanita dan Kesihatan
  • Wanita dan Undang-Undang
  • Wanita dan Media
  • Lain-lain Isu Wanita yang relevan




Pendaftaran/Penerimaan Abstrak/Kertas Kerja


Pendaftaran Peserta/Pembentang

Penghantaran Abstrak

Penghantaran Kertas Kerja

Pengucaptama


Ucaptama 1

Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah 2018

YBrs. Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Pengerusi Jawatankuasa Sosial, MPWS

Ucaptama 2

Creating Millionares Among Young Entrepreneurs (CreaM@YWE)

YBhg. Datuk Dr. Hjh. Tarsiah TZ Taman
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah

Tentatif Program


MAJLIS PERASMIAN
SIMPOSIUM WANITA DAN KESEJAHTERAAN INSAN 2018 (SWKI 2018)

Tarikh :25 Oktober 2018 (KHAMIS)
Masa : 11.30 tengahari
Tempat :Dewan Ballroom, Wisma Wanita, Kota Kinabalu

11.00 am:Ketibaan Tetamu Jemputan
11.20 am:Ketibaan
YB Datuk Stephen Wong Tien Fatt
Menteri Kesihatan dan Kesejahteran Rakyat
11.30 am:Majlis Bermula

Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan
YBhg. Datuk Dr. Hjh. Tarsiah TZ Taman
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah

Ucapan Perasmian
YB Datuk Stephen Wong Tien Fatt
Menteri Kesihatan dan Kesejahteran Rakyat

Penyampaian Cenderamata

Sesi Bergambar
12.30 pm:Jamuan Tengahari
2.00 pm:Sesi Pembentangan Selari

SIMPOSIUM WANITA DAN KESEJAHTERAAN INSAN 2018 (SWKI 2018)

9.00 am:Pendaftaran Peserta
Sarapan
10.00 - 10.30 am:Ucaptama 1
Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah 2018

YBrs. Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Pengerusi Jawatankuasa Sosial, MPWS
10.30 - 11.00 am:Ucaptama 2
Creating Millionaires Among Young Women Entrepreneurs (CreaM@YWE)

YBhg. Datuk Dr. Hjh. Tarsiah TZ Taman
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah
11.30 am:MAJLIS PERASMIAN SIMPOSIUM WANITA DAN KESEJAHTERAAN INSAN 2018 (SWKI 2018)
12.30pm:Jamuan Tengahari
2.00pm:Sesi Pembentangan Selari
(Lokasi: Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah)
4.00pm:Minum Petang dan Majlis Bersurai

Penginapan